Thursday, June 12, 2008

PAKAR URUT TRADISIONAL- UST HJ NASARUDIN BIN HJ MOHD ISA


Beliau berasal dari Kampung Paloh Rawa, Machang, Kelantan. Rawatan ini dipelajari dari seorang guru dari Kelantan selama 3 tahun dan seorang yang bangsa cina dari Hong Kong ( cara urutan body point dan kung fu). Rawatan telah dibuat di dalam negeri Malaysia dan di luar negara (seperti Brunai, Indonesia dan Singapura). Pernah membuat rawatan kepada seorang putera raja dan kerabat di raja. Berpengalaman selama 35 tahun di dalam bidang urut kaum lelaki sahaja.
Rawatan yang disediakan adalah seperti berikut:-
1.Bisa-bisa tulang (Arthritis)
2.Sakit pinggang (Backache)
3. Membetulkan perjalanan darah dalam badan (to facilitate & improve blood circulation in the body)
4. Simpul Biawak (cramp)
5. Bengkak sendi (swollen joint)
6. Rawatan khas tenaga batin lelaki sahaja
7. Angin Ahmal (stroke) yang tidak melebihi dari 3 hari dari tarikh dihinggapi penyakit (stroke)
(Rawatan 1 jam seluruh badan)
Rawatan Khas (40 minit)-Mandi wap dengan ramuan akar kayu & rempah ratus yang terpilih untuk penyakit dalaman dan luaran.
Rawatan Tambahan (20 minit)- Mandi bunga ( dibekalkan dengan 7 bunga berbau wangi yang dijampi khas) yang mana telah dikunjungi ramai oleh para artis , teruna dan dara serta bakal -bakal pengantin. Ini juga langkah ikhtiar bagi dipandang ceria setiap masa oleh masyarakat umum dan juga suami isteri untuk menambat hati masing-masing.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : Ust Hj Nasarudin ( HP: 019 9831458), Pusat Rawatan : 07 3345582, Rumah di Kelantan : 09 9765004.
Sebagai pelapis beliau seterusnya kepada anak beliau yang bernama Mohd Mursalim.
CUBA DULU BARU TAHU
Wassalam, Amin...........

BIDAN HAJJAH KALSOM (PAKAR BIDAN DAN URUT WANITA - SEBELUM & SELEPAS BERSALIN)


Beliau berasal dari Kg Paloh Rawa, Machang, Kelantan. Berpengalaman perbidanan dan urut wanita (sebelum & selepas bersalin) selama 65 tahun. Ketika ini beliau berumur 93 tahun masih bertenaga dan hebat serta mendapat pujian dari pelanggan walaupun umurnya selanjut itu. Untuk mengenali beliau, sila datang terus ke 58A, Jln Sutera, Taman Sentosa, Johor Bharu atau Hot line 07 3345582 atau HP 019 9831458.Beliau dibantu oleh 2 pembantu muridnya dari Kelantan.

HAJI HARON BIN HAJI ARUAL & AZHAR B HAJI ABDUL SATAR


Beliau berasal dari Durian Tunggal Melaka dan telah menetap di Perumahan Taman Air Biru, Pasir Gudang selama 18 tahun. Beliau adalah anak murid sulung kepada Pakar Urut Haji Nasarudin Bin Haji Mohd Isa. Ilmu perurutan yang dipelajari selama 5 tahun. Beliau telah membuka rawatan pakar urut di Pasir Gudang 17 tahun, disamping itu juga beliau mendapat didikan ugama di Pondok Negeri Kelantan yang bertempat di Pondok Bukit Abal, Pasir Puteh. Ketika ini beliau telah membuka rawatan bertempat di alamat seperti berikut:

No. 12, Jalan 10/24, Perumahan Taman Air Biru,
81700, Pasir Gudang, Johor Bharu
Hot Line : 012 7112063, Rumah : 07-2523846

Cawangan Melaka:- Lot 2752, Kg Padang Keladi, Durian Tunggal Melaka (bersebelahan Toll Air Keruh dan berdekatan dengan INB Resort).Sedia menerima tempahan Hotel Room Service
Haji Azhar Bin Haji Abd Satar, murid kepada Ust Haji Nasarudin (Pakar Urut). Beliau berasal dari Pasir Mas Kelantan dan dipertanggungjawabkan oleh pakar urut di cawangan alamat seperti berikut:-

N0. 51-01-02,
Jalan Pulai 44,
Taman Pulau Utama (Taman Universiti),
81110 Skudai, Johor
Hot line : 012 7717522
Berpengalaman selama 15 tahun di tempat alamat tertera di atas
.

BERGAMBAR BERSAMA HAJI HARON MURID PERTAMA

Ust Haji Nasarudin bersama Haji Haron murid pertama beliau di dalam bidang urutan tradisional

BILIK MENUNGGU TETAMU DAN TEMPAT PERUNDINGAN - PUSAT RAWATAN (TAMAN SENTOSA, JOHOR)


BILIK MENUNGGU DAN TEMPAT PERUNDINGAN - PUSAT RAWATAN (TAMAN SENTOSA, JOHOR)


Ust Hj Nasarudin sedang melayan pelanggan serta memberi khidmat nasihat di Hot Line
07- 3345582 -Taman Sentosa, Johor Bharu

BILIK MENUNGGU DAN TEMPAT PERUNDINGAN - PUSAT RAWATAN (TAMAN SENTOSA, JOHOR)


Khidmat Nasihat (penyakit) pesakit bersama Ust. Hj Nasarudin Hj Mohd Isa (Pakar Urut)